PENGALAMAN MENJALANI TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN SPA
Assalammualaikum...
*Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
*Juru X-Ray
*Jururawat Pergigian
*Jururawat
*Jurupulih Anggota
*Jurupulih CaraKerja
*Pembantu Perubatan
*Penolong Pegawai Farmasi
Persediaan SEBELUM hari temuduga
Persiapan Pakaian
Bagi wanita, hendaklah memakai baju kurung semasa temuduga. Baju kurung yang simple atau plain adalah digalakkan. Dilarang memakai baju yang berwarna galak/terang, ketat dan mengikut bentuk badan serta mempunyai blink-blink. Jangan memakai pakaian kurung yang menjolok mata spt menampakkan baju dalam, inner atau singlet. Ini akan mempengaruhi penemuduga semasa menilai calon. Sekiranya calon wanita bertudung, hendaklah memakai tudung bawal yang bersesuaian warna dan tidak terang dan DILARANG memakai shawl/selendang/pashmina dan spesies dengannya. Bagi calon wanita yang tidak bertudung, ikat sanggul dan kemaskan rambut anda. Klip rambut jika mempunyai rambut hadapan(bang). Jangan sesekali lepaskan rambut anda. Ingat, ini bukan temuduga pencarian model tetapi temuduga kerajaan. Jangan memakai pakaian formal spt seluar slack dan kemeja. Kasut untuk temuduga hendaklah berwarna hitam dan bertutup. Jangan memakai sandal.
Bagi lelaki, hendaklah memakai seluar slack hitam dan berkemeja (kemeja putih digalakkan) serta bertali leher. Kasut hendaklah memakai kasut kulit hitam. Jangan sesekali lipat lengan baju anda ke paras siku. Pastikan rambut anda tidak panjang dan telah dipotong pendek. Kemaskan rambut anda.
Persediaan pada Hari Temuduga
Assalammualaikum...
Pada kali ini saya akan berkongsi cerita dengan anda semua tentang pengalaman saya mengikuti temuduga separa perubatan SPA. Sejujurnya ini kali pertama saya menjalani temuduga sesi April, kebiasaannya saya hanya ditawarkan temuduga yang dijalankan pada bulan oktober untuk kemasukan sesi Januari. Setelah lulus peperiksaan online SPA pada 8 Mac lalu, saya telah ditawarkan temuduga untuk 8 jawatan pada 20 April 2016 bagi diploma separa perubatan iaitu:
*Juru X-Ray
*Jururawat Pergigian
*Jururawat
*Jurupulih Anggota
*Jurupulih CaraKerja
*Pembantu Perubatan
*Penolong Pegawai Farmasi
Saya memilih jawatan penolong Pegawai kesihatan persekitaran sebagai pilihan utama saya manakala juru xray sebagai pilihan kedua yang saya minat. Memandangkan ini adalah kali ketiga saya menjalani temuduga, saya telah membuat persediaan yang lebih teliti. Memandangkan saya adalah calon dari sabah, maka pusat temuduga saya bertempat di Putrajaya.
Menyediakan dan menyiapkan dokumen-dokumen yang diminta bawa semasa temuduga spt sijil2 kokurikulum yg asal (salinan tidak diperlukan), salinan fotostat K/P calon (disahkan), salinan surat beranak (disahkan), salinan sijil tamat persekolahan SPM (disahkan), salinan keputusan SPM (disahkan) serta resume yang ringkas dan padat. *tapi hari tu pendaftar temuduga tak mintak resume pun, dia suruh simpan sbb tk diperlukan
Mempersiapkan diri dengan pengetahuan asas dan am atau yang berkaitan dgn kementerian kesihatan spt bidang tugas bagi jawatan yg telah dipilih oleh calon (WAJIB TAHU/HAFAL), carta organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, isu-isu semasa dan lain2
Banyakkan beribadah dan berdoa, minta restu mak ayah, tidur awal bagi mendapatkan tidur yang secukupnya sehari sebelum hari temuduga.
Sediakan pakaian dan kasut yang akan dipakai pada temuduga
Bagi wanita, hendaklah memakai baju kurung semasa temuduga. Baju kurung yang simple atau plain adalah digalakkan. Dilarang memakai baju yang berwarna galak/terang, ketat dan mengikut bentuk badan serta mempunyai blink-blink. Jangan memakai pakaian kurung yang menjolok mata spt menampakkan baju dalam, inner atau singlet. Ini akan mempengaruhi penemuduga semasa menilai calon. Sekiranya calon wanita bertudung, hendaklah memakai tudung bawal yang bersesuaian warna dan tidak terang dan DILARANG memakai shawl/selendang/pashmina dan spesies dengannya. Bagi calon wanita yang tidak bertudung, ikat sanggul dan kemaskan rambut anda. Klip rambut jika mempunyai rambut hadapan(bang). Jangan sesekali lepaskan rambut anda. Ingat, ini bukan temuduga pencarian model tetapi temuduga kerajaan. Jangan memakai pakaian formal spt seluar slack dan kemeja. Kasut untuk temuduga hendaklah berwarna hitam dan bertutup. Jangan memakai sandal.
Bagi lelaki, hendaklah memakai seluar slack hitam dan berkemeja (kemeja putih digalakkan) serta bertali leher. Kasut hendaklah memakai kasut kulit hitam. Jangan sesekali lipat lengan baju anda ke paras siku. Pastikan rambut anda tidak panjang dan telah dipotong pendek. Kemaskan rambut anda.
Persediaan pada Hari Temuduga
Pada hari temuduga, dinasihatkan supaya anda bangun awal dan tiba di tempat temuduga lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Sekiranya waktu temuduga seawal pukul 8pagi, bersarapan dulu di rumah. Macam saya, temuduga pukul 8pagi, bangun pukul 5pagi dan brtolak dari rumah kira-kira pukul 6pagi. Kami bertolak awal dari rumah disebabkan ayah saya terpaksa menghantar adik2 saya ke sekolah dan juga demi mengelak kesesakan jalan raya. Lebih awal lebih baik! Saya sampai di Putrajaya 45minit awal, 7.15pagi. Sampai sana terus muntah beb! Sbb ayah saya drive kereta macam santa claus drive rusa2nya. Haha, kbye (hambarrr)... Sampai saja dipusat temuduga, jangan buang masa anda lagi dan terus ke dewan temuduga dan daftarkan diri anda.
AMARAN: jangan pandai2 mau pi breakfast atau lepak2 lagi konon walaupun masih banyak masa atau jam belum cecah ke jam 8pagi!!!!!! Tolong jangann!!
Selesai daftarkan diri dan dapat nombor giliran anda untuk ditemuduga, duduk dan kemas/susun fail2 anda yang telah dikemaskini oleh pendaftar. Kalau anda dapat nombor giliran untuk menjadi 10 calon pertama (1-10), ia adalah waktu yang terbaik kerana penemuduga masih dalam keadaan segar untuk menemuduga. Tapi sekiranya gilran anda pada pertengahan atau di akhir2, penemuduga dalam keadaan letih dan kemungkinan mereka akan kurang untuk bertanya soalan berbanding 10 calon pertama tadi. (Ini teori 45% betul saya sahaja). Saya dapat nombor giliran yang ke7. Huahuaa. Setelah itu, duduk dan tenangkan diri anda. Tarik nafas..hembusss. Sementara menunggu giliran, bolehlah belek2 buku untuk yang terakhir kali atau membaca isu-isu semasa melalui carian internet. Belek, baca dan belajar dengan sederhana, not hard! Sebab waktu ini minda anda seharusnya dikosongkan untuk menghilangkan stress. Duduk secara beramai-ramai dan kalau boleh berkomunikasi dgn calon2 temuduga yang lain. Ini boleh menolong anda serba sedikit untuk menghilangkan rasa nervous sewaktu masuk ke bilik temuduga nanti. Saya duduk berempat bersama calon2 kadazan yang lain. Mulanya kami bersembang tentang isu semasa dan berkongsi pengalaman temuduga yang lalu. Later than topik kami bertukar kpd hiburan dan artis semasa... Huahahaaaa...okayy2, serius!
When it comes to my turn, huarghhhh... Doa dan zikir semua bersatu. Saya ketuk pintu dan masuk. Ini adalah antara adab2 sebelum masuk ke bilik temuduga. Ketuk, senyum dan bagi salam kepada penemuduga. Saya senyum sambil ucapkan salam dan selamat pagi, ada dua org penemuduga lelaki dlm lingkungan 40an dlm bilik temuduga. Pssttt, seeloknya anda panggil tuan atau puan kepada penemuduga. Saya bagi fail dokumen dan mereka terus suruh saya duduk, saya ucapkan terima kasih. Ingattt! Manner anda amatlah penting semasa berada dalam bilik temuduga. Pastikan anda menjaga adab dan kesopanan anda semasa ditemuduga. Sentiasa senyum kpd penemuduga. Duduk dalam keadaan selesa dan tegakkan badan, jangan menyandar atau silangkan kaki anda. Hanya letakkan kedua tangan anda di atas paha/riba anda. Elakkan menggoyangkan kaki anda sekalipun anda nervous. Penemuduga yang pertama sempat memuji pemakaian saya pada hari temuduga tu. Pemakaian saya menepati ciri2 kakitangan kerajaan. Okayy, selalunya, penemuduga akan meminta anda memperkenalkan diri. Tapi saya tidak sempat memperkenalkan diri saya kerana penemuduga terus bertanyakan soalan lain iaitu apa pilihan utama jawatan yang saya pilih untuk separa perubatan ini. Dan melalui apa dan siapakah saya melakukan carian untuk penolong pegawai inpektor kesihatan persekitaran. Saya bagitau yang saya byk mendapat maklumat tentang IK ini melalui abg saya yg bekerja sebagai Medical Assisstant (MA) di Hospital Kuching, Sarawak. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yg bertugas dgn kerajaan melalui separa perubatan SPA, jgn segan silu untuk berkongsi dan beritahu kpd penemuduga.
Contoh memperkenalkan diri anda kpd penemuduga,
Assalammualaikum dan selamat pagi kepada tuan/puan, nama saya Upin Bin Ipin. Saya berumur 22 tahun. Saya mempunyai 20 org adik beradik. Saya yang ke 15 dalam adik beradik saya. Ayah saya seorang penoreh getah manakala mak saya seorang surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (blablablaa...). Tamat sekolah, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Uitm dalam bidang (blablablaa...) tetapi disebabkan masalah keluarga yang telah saya hadapi saya tidak sempat meghabiskan pengajian saya. Namun, masalah yang saya hadapi itu tidak membuatkan semangat saya luntur untuk meneruskan pengajian. Saya masih mencari peluang untuk melanjutkan pengajian sekiranya saya berpeluang.
Okayy, itulah antara contoh memperkenalkan diri. Lepas tu, macam2 soalan penemuduga tanya saya. Disebabkan saya memilih jawatan sebagai penolong pegawai inspektor kesihatan persekitaran maka soalan yang ditanya kpd saya adalah yg berkaitan dgn jawatan yg saya pilih. Antaranya:
Huraikan tugas2 seorang inpektor kesihatan.
Jwpn saya: Pada pengetahuan saya, bidang tugas sebagai seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran ialah.......blablablaa....
Apakah penyakit yg selalu berleluasa di sekitar kawasan perumahan kamu?
Jwpn saya: Antara kes-kes yang selalu terjadi dan berlaku di sekitar kawasan perumahan saya ialah penyakit demam denggi. Penyakit ini terjadi akibat...(balblablaa..)....
3. Sekiranya berlaku pembuangan sampah secara berlonggok disuatu kawasan taman perumahan kamu, apakah tindakan yg akan kamu ambil/lakukan sebagai Inspektor Kesihatan?
Jwpn saya: (Yg ni jwpn cincai...)
Selepas penemuduga pertama menyoal saya, giliran penemuduga kedua untuk menemuduga saya. Penemuduga kedua hanya menyoal tentang keperibadian saya tentang suatu tugas. Saya diberikan peluang untuk menyatakan harapan saya dan apa yang saya inginkan. Saya andaikan penemuduga kedua ini hanya ingin menguji kemampuan saya dan menilai sejauh mana personaliti dan tahap keyakinan saya dalam berkomunikasi.
Apakah harapan kamu dalam bidang separa perubatan ini?
Sekiranya saya berpeluang atau diberikan peluang dan terpilih dengan layaknya untuk menjadi sebahagian warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya berharap saya mampu menyumbangkan sesuatu yang lebih besar kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Mungkin buat masa ini saya belum boleh menyumbangkan apa-apa tetapi saya yakin sekiranya saya diberikan kepercayaan untuk berkhidmat dengan KKM, saya mampu memberikan sumbangan yang terbaik kpd masyarakat dan negara melalui khidmat saya. Saya juga berharap separa perubatan ini sebagai satu medium untuk saya melanjutkan pengajian saya. Walaupun saya kini sudah berusia 22tahun, tetapi bagi saya belum terlambat untuk saya meneruskan pengajian kerana saya percaya ilmu itu adalah pembelajaran sepanjang hayat. Dan saya juga berharap agar saya dapat mengubah nasib diri dan keluarga saya melalui SPA ini.
Selesai berkias2 didepan penemuduga, kedua2 penemuduga sempat memberikan beberapa nasihat kepada saya. Lebih kurang dalam 5 minit nasihat diberikan. Saya hanya mengangguk dan senyum serta mendengar dengan teliti. Tamat temuduga, saya mengucapkan terima kasih kepada kedua2 penemuduga dan juga advance thanks di atas nasihat yg diberikan.
Yahooooo, seleesaiiiii!!! Saya jumpa kawan2 calon temuduga yg lain serta berkongsi sedikit soalan yg ditanya td. Selesai lepak saya terus balik sebab my parents ikut sekali.
Itu saja pengalaman yg sy dpt kongsikan kpd anda dan calon2 temuduga yg lain. Sekiranya mempunyai soalan2 yg berkaitan boleh lah bertanya.
No comments:
Post a Comment